Thursday 13 March 2008

Terima kasih semua!



Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga buat pengundi yang memilih untuk perubahan.

Tan Sri Khalid Ibrahim, telah selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Selangor, sebentar tadi.

Maaf kerana lambat mengemaskinikan blog ini kerana terlalu sibuk dengan persediaan pembentukan kerajaan Selangor yang baru.


Kekotoran yang dibuat selama 50 tahun bukan boleh dibersihkan dalam sehari dua.

Namun seperti yang dijanjikan sebelum ini, matlamat pentadbiran baru ini bukanlah untuk membalas dendam kepada sesiapa, tetapi keutamaan adalah memberikan rakyat Selangor khususnya, sebuah kerajaan yang efisien, telus dan adil. Inilah Harapan Baru yang dinanti-nantikan.

Kini masanya untuk bekerja dan mengotakan janji-janji dalam manifesto peringkat negeri Selangor.

Mungkin ada yang sangsi dengan kemampuan sebuah kerajaan campuran untuk membawa perubahan. Namun percayalah, kami tidak akan menghampakan kehendak rakyat yang bersatu dalam menolak pentadbiran lama.

Jangan segan atau takut untuk menghantar pandangan. Suara anda akan saya bawa ke Dewan Undangan Negeri.

No comments: