Thursday 13 March 2008

Terima kasih semua!



Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga buat pengundi yang memilih untuk perubahan.

Tan Sri Khalid Ibrahim, telah selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Selangor, sebentar tadi.

Maaf kerana lambat mengemaskinikan blog ini kerana terlalu sibuk dengan persediaan pembentukan kerajaan Selangor yang baru.


Kekotoran yang dibuat selama 50 tahun bukan boleh dibersihkan dalam sehari dua.

Namun seperti yang dijanjikan sebelum ini, matlamat pentadbiran baru ini bukanlah untuk membalas dendam kepada sesiapa, tetapi keutamaan adalah memberikan rakyat Selangor khususnya, sebuah kerajaan yang efisien, telus dan adil. Inilah Harapan Baru yang dinanti-nantikan.

Kini masanya untuk bekerja dan mengotakan janji-janji dalam manifesto peringkat negeri Selangor.

Mungkin ada yang sangsi dengan kemampuan sebuah kerajaan campuran untuk membawa perubahan. Namun percayalah, kami tidak akan menghampakan kehendak rakyat yang bersatu dalam menolak pentadbiran lama.

Jangan segan atau takut untuk menghantar pandangan. Suara anda akan saya bawa ke Dewan Undangan Negeri.

Monday 3 March 2008

Selesaikan masalah Malaysia

Ketika berceramah di Sri Gombak Ahad lalu, saya mengingatkan para pengundi bahawa masanya sudah tiba untuk menolak politik perkauman.


Masalah yang menghantui kita hari ini daripada jenayah, kenaikan harga barang dan kekurangan peluang pekerjaan adalah masalah yang merentasi kaum.
Setakat lawatan saya dari rumah ke rumah, para penduduk menerima baik mesej yang saya bawakan ini. Pengundi Batu Caves khususnya sudah muak dengan permainan pihak lawan yang gemar mengembar-gemburkan isu perkauman dan pada masa yang sama dapat mengelakkan diri daripada menyelesaikan masalah negara.
Di Sri Gombak juga saya berjanji, apabila memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor, saya tidak peduli siapa pun Menteri Besar, keutamaan saya nanti adalah menyelesaikan masalah rakyat. Sikap mengutamakan pimpinan parti yang menjadi amalan wakil kerajaan hari ini ternyata telah merugikan rakyat.


Mudah-mudahan pada 9 Mac nanti kuasa akan dikembalikan kepada rakyat!

Anwar Ibrahim di Sri Gombak




Tapak ceramah di Sri Gombak pada Ahad (2 Mac) malam lalu, dipenuhi orang ramai yang mahu mendengar amanat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika dilihat pada sambutan penduduk tempatan yang memeriahkan acara ceramah ini, tidak mustahil, kejutan bakal berlaku.